Monday, June 23, 2008

Ketua Yang Sebenarnya Mangsa

sigh...
aku digelar ketua dikalangan sahabat-sahabatku...
"kalu korang bangga tak?"
tunggu...biar aku abeskan dulu....
.
Sebenarnya ketua itu adalah hanya metafora kepada mangsa. Jadi aku sebenarnya adalah mangsa. "Camne tu?". Bila korang berada di dalam sebuah komuniti sahabat2 yang kerjanya "membahan" sesama sendiri, siang dan malam tanpa henti, menjadi ketua adalah satu perkara yang hendaklah dielakkan sama sekali. Ini kerana, apabila korang menjadi ketua, secara automatiknya, koranglah yang akan dijadikan sebagai mangsa ataupun 'spot' utk mereka2 ini yang agak 'lalang' pendiriannya melepaskan diri. Dalam kes aku yang malang nie, seperti biasa mereka takkan bangun untuk mempertahankan aku, malah aku pulak yang dikatakan sebagai punca...."thanksss"
.
situasi: Sesi 'bahan membahan'
.
"merq la yang start nie"
"merq yang kata dulu, aku follow ja"
"merq kata korang tak marah? aku kata tak boleh pulak!"
"merq ketua, kami 'pinggan tambah' ja"
"marah merq, marah merq, dia yang bagi idea"
.
walaupun sebenarnya pada ketika itu, aku hanya diam tak bersuara.
.
Quote-quote ni sekarang ni dah jadi macam makanan untuk telinga aku, dan aku dah sampai ketahap "xde perasaan" lagi dah utk apa-apa pun.... terima, terima, terima......
.
Walaupun aku adalah mangsa, tapi terima kasih aku ucapkan kpd diorang yang secara tak langsung telah melatih hati aku utk menjadi amat-amat cekal....heh!
.
Jadi, kalu korang rasa nak jadi ketua, lagi-lagi di dalam komunity yang agak kurang sifat-sifat terpujinya, latihlah telinga dan kuatkanlah hati korang. Kalu korang tak bersedia, aku nasihatkan lebih baik jangan...hiks

No comments: