Sunday, June 22, 2008

Diary Ramadhan Merq

tiba-tiba, aku boleh teringat pasal raya,
mungkin sebab tahun ni adalah tahun terakhir
untuk aku dapat duit raya kot! hopefully la kn...
Hujung 2008 aku akan grad, so, ini bermakna,
tahun-tahun kehadapan aku pulak kena memberi,
setelah 23tahun menerima...sigh

nway sebelum raya, kita akan berpuasa,
dan disinilah aku akan menghadapi dugaan yang
mega hebat.
aku semestinya lagi tabah dan sabar dari Rafique,
tapi mampukah aku bertahan bila dugaan
ini datang dari sahabat-sahabat aku yg kerjanya
nak mencemarkan reputasi gemilang aku dalam
berpuasa.

Mampukah aku buat-buat tak heran bila mana
sahabat aku yang sorang ni pagi-pagi lagi dah
beli roti gardenia, peanut butter and t'o'ais
pastu ajak aku g makan kat
reacration park yang tenang tu....

Mampukah aku untuk buat-buat tak nampak
bila aku yang tengah lepak
dan main2 gitar kat 'bundle'
utk tahan lapar dikejutkan
dengan kepulangan sahabat
aku nie yang membimbit
bungkusan nasi beriani ayam
beserta dengan nes'o'ais
pada waktu tengahari dimana
kepanasan amat menguji ketabahan aku...

Mampukah aku bersabar apabila
kunjungan aku kerumah
sahabatku utk menghilangkan rasa bosan
disambut mesra oleh sahabatku
sambil memegang gelas milo'ais kaw
berserta karipap yang masih berasap.

mampukah aku kekal berdiri
apabila terbau dan melihat
kepulan-kepulan asap rokok
yang sengaja dihembuskan
oleh mereka-mereka
untuk menghiasi permandangan
disekelilingku dimana aku pula
sedang mencari tenaga
untuk ketahanan perut yang makin menipis.

mampukah aku bertenang
apabila melihat sahabatku
membeli juadah-juadah buka puasa
dan makan on the spot
even waktu tu baru pukul 5

Mampukah aku bertahan lagi
apabila sekarang ni pun
aku dah terdengar confessions mereka
yang mahu mendengki dan mencacatkan
rekod berpuasa aku
yang amatlah gemilang...

yang pasti, Diari Ramadhan Merq 2008
akan dipenuhi dengan dugaan dan ranjau,
dan teknik-teknik pancingan
yang diciptakan oleh sahabat-sahabat aku ini
yang agak buruk perangainya.

p/s: semua, doakan aku....

No comments: