hidup ini penuh dengan kejutan,
setiap dari kita pasti tidak dapat lari
dari sebarang kejutan
dan aku tidak terkecuali.
.
Hari ini,
aku telah disedarkan bahawa sesuatu yang terjadi
datang dari apa yang kita putuskan sebelumnya,
dan warna-warna kehidupan kita ini sebenarnya
dilukiskan oleh kita sendiri,
dalam sedar atau tidak.
.
jangan hilangkan setiap apa yang kita ada,
hargailah setiap apa yang kita miliki,
nikmatilah apa yang kita punyai dengan tenang
kerana perasaan tak pernah puas itulah kelemahan kita.
lihat sekeliling kita,
teliti setiap yang ada,
cintailah segalanya,
dan percayalah,
semuanya akan baik-baik saja.
No comments:
Post a Comment