Thursday, July 30, 2009

the last resort...

Kematian adalah sesuatu yang pasti. Inilah satu-satunya 'kebenaran' yang mustahil ditangguhkan biar sesaat. Mukjizat seorang rasul, seperti Musa boleh sahaja menundukkan ahli sihir Firaun, tetapi tidak mampu menangguhkan kematian. Seorang Iskandar Zulkarnain, boleh sahaja memiliki kerajaan dari masyrik ke maghrib, tetapi tidak dapat menguasai kematiannya.

Dan apabila takdir Ilahi itu bersuara, mahu mengambil sang roh ke negeri yang abadi, apa lagi yang mampu kita ucapkan selain satu lafaz kudus...

"innalilLah hi wainna ila hirajiun"

***

takziah buat Nurul Aima dan seluruh keluarga,
kerna pada tarikh keramat 28/07/09 telah kehilangan seorang;

sahabat,

pendengar,

pencinta,

pendidik,

pemerhati,

penghibur,

abah...


(Al-fatihah)