Aku mmg minat sangat2 kt BUTTER! dalam darah daging!
dari dulu2 sampai skang...
dan aku pun dah lama dgr HUJAN...
Guys!
Kita dah lama sgt kekurangan band2 indie yg meletup dan expose sbb terlalu byk halangan dari media, kerajaan, akta, prinsip, dianaktirikan dan etc. Tetapi skang ni, HUJAN boleh dianggap sebagai salah satu band indie yang dapat menembusi semua halangan ni...
Kalau kita berjiwa indie, kita main muzik dgn ikhlas dan kita dgr muzik underground malaysia, kita sebenarnya patut amat bangga, sbb HUJAN dan M.U.H terutamanya dah byk bukk mata media and org2 kat Malaysia ni terhadap kesedapan dan kejujuran muzik golongan kita sekarang ni, setelah bertahun-tahun lamanya golongan kita(indie n u.g) ditindas!
Tak dapat dinafikan lagi, HUJAN dan MUH adalah perintis kepada kebangkitan gelombang indie alaf ni dan telah membuka mata banyak pihak tentang MUZIK INDIE MALAYSIA...
BUTTER dan HUJAN memang tak boleh dibandingkan kan sama skali!
Kerana sgt2 berbeza dari segala segi dan aspek (pengalaman,penglibatan,muzik,teknikal,attitude n etc)...
Mungkin topic yang sesuai adalah
"MAMPUKAH HUJAN MENJADI SEPERTI BUTTERFINGERS"
Aku tau dan aku paham, mungkin ramai yang tak setuju terhadap topic yang aku usulkan tu sebab aku dan korang mmg syg sgt2 kt BUTTER, dah macam kt dlm darah daging dah, dan kita jgk yakin takkan ada band yg akan sama cam BUTTER...tapi, sebelum korang nk baca apa yang aku tulis kat bawah ni, aku jus nak mintak korang pejam mata, tarik nafas panjang2 dan cuba buatkan hati dan fikiran korang terbuka seluas mungkin......
sedia? 1...2...3
mula....
1.Kita kata HUJAN tiru sebijik The Strokes?
Tetapi lupakah kita yang BUTTER memula dulu, mmg sebijik Nirvana? abis grunge! emmett pun mmg dilabel sebagai Kurt Cobain Malaysia...YA.
jadi???
sebetulnya, BUTTER n HUJAN tak tiru, mereka hanya ambil nirvana dan the strokes sbgai influence atau rujukan dan mereka berjaya dgn cara ini...ALHAMDULILLAH...
2.Kita kata bbdk je yang layan HUJAN,
Kita dulu pun bbdk, kita dulu pun hidup dgn lifestyle muzik. Kalu waktu zaman kita bbdk dulu, Grunge tgh meletup, kita pun pakai baju belang-belang, jeans season, converse, jack, bundle and etc. Jadi, kalu zaman skang ni emo or rock n roll tgh naik, salahkah bbdk ni nak dress up ikut pegangan muzik mereka??? aku rasa xsalah... kita dulu pun pernah merasa berhimpun ramai2, lepak ramai-ramai, g gig same2 and etc. Ini semua proses untuk kita membesar, menjadi lebih matang dan belajar. Kita dah lalui, dan mereka-mereka dibawah kita akan lalui jgk.
Jadi, berilah peluang...jangan mengkritik...
3.Tak adil kita kutuk HUJAN dan peminatnya.
Kat atas tdi aku dah mention tentang article yang aku tulis ni bukan untuk poser. So, mari kita assume yang peminat2 BUTTER and HUJAN adalah peminat2/pencinta2 yang pure... So, kalu BUTTER dikutuk, respon kita ialah marah dan sangat2 xpuas hati! kan? macam tu jgk HUJAN. peminat2 dia pun mesti marah and tak puas hati. Kalu kita kata HUJAN punya peminat banyak poser, siapa berani jamin yang peminat BUTTER xde yang poser?
BERSATULAH...
4.HUJAN masih belajar.
Noh pernah kata dalam melodi "kami masih dalam proses pembelajaran". So,aku rasa, berilah peluang, bagi masa...
BUTTER pun amik masa bertahun-tahun sebelum mereka jumpa identiti sebenar muzik mereka dan lari dari imej dan muzik yang berbau Nirvana dan Radiohead terutamanya. Aku percaya, HUJAN pun akan berubah,dari masa ke semasa untuk menjadi yang lebih baik. Masa akan menentukan.TUGAS KITA IALAH MENYOKONG DAN BERI PELUANG.
5. Attitude HUJAN
kita kata Noh kerek, apa kurangnya Loque?
Loque tu dari dulu-dulu mmg kerek sikit...
tapi sebab kita sayang BUTTER dan komunitinya, kita pejam mata dan kata:
"Loque tu style gile"
"biaselah, attitude rockstar"
"biarlah die kerek pun, die bagus buat muzik"
tapi bile Noh kerek, kita kata:
"poyo ar dia nie!"
"cam bagus je"
"Hujan sampah ar"
adilkah kita?
belajarlah mencintai dan memahami sebelum kita menilai sesuatu perkara.
6.HUJAN perosak industri indie?
Kita sebut HUJAN perosak, kita kutuk HUJAN pemusnah, siapa kita ni? apa yang kita sumbangkan kat industri? hebat sgtkah kita ni? sekurang-kurangnya, HUJAN dah buktikan yang mereka berjaya mewarnai Dunia Muzik Malaysia ni, dah berjaya bukak mata banyak pihak tentang muzik indie, berjaya mengumpul ribuan peminat dalam Malaysia ni, berjaya bukak peluang untuk band2 indie lain untuk expose. Kita? yg asyik kutuk2 mereka ni??
ape yang dah kita buktikan????
fikirkanlah...
Kesimpulannya
BUTTERFINGERS adalah antara lagenda agung muzik Malaysia. Yang bermain muzik dengan hati dan keikhlasan, kerana cintakan muzik. Emmett, Loque, Kadak, Kalai, Loco, Azmir, Batak, Wan, Kudux dan entiti2 pentingnya yang lain adalah sentiasa dicintai oleh semua ROYAL BUTTERFANS yang ada kat Bumi ni. HUJAN pulak adalah penghulu gelombang baru yang sedang berusaha keras untuk memecahkan "tembok besar" yang menghalang penyatuan dan kerjasama diantara "indie muzik" dengan "media dan kerajaan".Kedua-duanya lahir dan muncul pada zaman yang berbeza, dan mereka terus menyumbang untuk kemajuan "muzik sebenar orang-orang Malaysia". Teruslah menyokong dan berilah lah mereka peluang untuk terus membuat muzik yang mereka dan kita suka.
Setiap dari kita adalah pejuang "Komuniti Indie Malaysia". Seperti yang kita tahu, industri muzik di Malaysia ini sgt2lah kecil. Jadi, sokonglah semua band indie yang ada. Kalu anda rasa anda tak mampu untuk sokong, jangan lah anda kutuk,kritik, keji atau sabotaj. Salurkan pandangan anda dengan cara yang bersopan, matang dan bijaksana.
Kita semua dah dewasa...
"band indie/u.g apakah yang terbaik di Malaysia ni?"
dari kita hanya menjawab:
"BUTTER"
atau hanya
"HUJAN"
atau hanya
"MEET UNCLE HUSSAIN"
atau hanya
"LOVE ME BUTCH"
kan lebih baik jika kita SEMUA, walaupun BERBEZA MINAT DAN PEGANGAN MUZIK dgn IKHLAS dapat menjawab:
"BUTTER, HUJAN, MUH, LMB, BITTERSWEET, POPSHUVIT DAN etc...etc.."
kan nampak lebih meriah dan bersatu!
hahaha.....
pokoknya...kita mahu BERSATU...
-end-
merq:selamatkanjiwakita: